Wednesday, December 17, 2008

salam perpisahan

Salam pd semua kenalan..kengkawan.. lama dah sebenaqnya x tulis dalam blog nie.. sbb sblum nie blog niehanya khusus utk study gua..tapi skang dah bebas peribadiku perhatikanlah bebas peribadimu…aiseh…lirik lagu kumpulan KOOl la plak…kumpulan yg member aku paling suka iaitu mijie..walaupun dia kata dak…hehe…pd samad n ct bila nak mai kl lagi…hehe..aku pun lum pi umah depa lagi…gua tulis ni nak maklumkan pada kengkawan bahawa tahun 2009 gua akan btugas di tempat baru iaitu SK ULU SEMENYIH….salam perpisahan utk SK TASEK PERMAI….banyak kenangan yg gua lalui spanjang di SKTP..sama ada yg manis atau pahit…bohongla kalu semua manis jer…gua x nak mnipu diri gua sendiri….drp gua posting tahun 2000 till 2008 yg grup kitaorg yang ramai hinggalah tahun 2008 tinggai aku, miji, lan, cik seno, nik, gee…next year kuang lagi sorg..sabor yea mijie…jgn jadi balachi tau…hehe..ang pun mungkin x lama lagi akan blah jgk…hidup mesti dteruskan….sbb wa minta tkr sbb umah yg gua bli dah siap diduduki kat pelangi semenyih…kpd zack pasni lehla kerap minum kat shiraj caw.semenyih…Apa pun trima kasih tak terhingga pada smua warga sktp yang memberi sepenuh kerjasama pada gua spanjang hamper 10 TAHUN kat SK TASEK PERMAI…for ISrAQ slamat menjadi SU Sukan sktp.. gua tau lu hebat Cuma tak kuar kuku jer lagi…kalu gee dan seno pnya istilah ‘kenangan terindah’sblm pindah ke PERAK..gua pulak apa istilahnya yea..miji n lan tolong bagi cadangan?....Hmmmmmm….aku plak…….ada ubi ada batas ..hehe mcm filem anak bapak…tak…aku ngan ‘SEPERTI DULU’..exist plak…jumpa lagi..adios…

Friday, September 26, 2008

beregu emas negara kecundang lagi

Entah apa yang tidak kena dengan pasangan beregu negara kita iaitu kookien keat/tan boon heong. Mereka telah tewas kepada pasangan tidak ternama dalam kejohanan badminton china masters..tahun ini saja mereka telah gagal memenangi walaupun satu kejohanan badminton yang diadakan..rexy mainaky selaku coach sudah mati akal dalam memastikan mereka terus unggul dipersada..menurut satu laporan akhbar arus perdana baru-baru ini, rexy menyatakan bahawa segala ilmu yg dimilikinya telah habis diperturunkan...namun entah apa yang berlaku pada mereka sekarang..rexy juga menyatakan bahawa pasangan itu sering mempertikaikan tindakan rexy supaya tidak menganggu gaya hidup mereka diluar..apakah ini yg dinamakan profesional? setahu saya pemain yang bergelar pro tidak akan mempersoalkan tindakan yang dilakukan oleh jurulatih mereka..ini membuktikan bahawa mereka masih bersikap amatur..pihak BAM seharusnya mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka kerana kita percaya mereka mempunyai bakat untuk terus berjaya...setelah banyak wang dilaburkan terhadap mereka, rakyat umumnya mahukan yang terbaik daripada mereka. Kalau tidak menjadi juara pun cukuplah sekadar mempamerkan aksi konsisten...adios..

Wednesday, September 17, 2008

Bahang liga juara-juara kembali

musim baru bagi musim 08/09 liga juara-juara eropah telah bermula malam tadi dengan beberapa pasukan pilihan liga utama eropah telah mencapai kemenangan. Pasukan dari liga inggeris iaitu chelsea, liverpool serta serie A iaitu inter milan dan jaguh la liga sepanyol iaitu barcelona telah melakar kemenangan pada perlawanan pertama peringkat kumpulan masing-masing. Yang mengejutkan ialah pasukan Roma dari Itali telah tewas pada pasukan kurang ternama dari Romania ditempat sendiri..manakala pada malam ini juga akan berlangsung perlawanan bagi kumpulan lain pula yang melibatakan juara bertahan iaitu MAN U, Real Madrid, Lyon dan lain-lain lagi..adakah MU akan menerima kejutan seperti Roma kerana prestasi pasukan ini ketika dalam liga domestik agak mengecewakan dimana baru-baru ini mereka telah tewas kepada liverpool..mungkin kerana ayam tambatan mereka Cristiano Ronaldo tidak beraksi.. mungkin juga pasukan yang digelar galacticos juga akan kecundang, sama-sama kita lihat..adios..

Friday, September 12, 2008

Usain bolt catat 9.55 saat? Rekod dunia baru?

Usain bolt 9.55 saat? ....pada sukan olimpik beijing baru-baru ini, pelari pecut jamaica Usain Bolt telah mencatatkan rekod baru dunia dalam acara 100m dan 200m..beliau telah mencatatkan masa 9.69 saat...tetapi mengikut kajian yang telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik sebuah institut di Norway dipercayai beliau mampu berlari dengan lebih pantas jika beliau tidak memperlahankan lariannya pada 15 meter terakhir...mereka telah menggunakan rakaman televisyen untuk mengukur posisi badan bolt berserta kelajuan dan pecutannya...masa yang mampu dicatatnya jika beliau terus berlari dengan konsisten ialah 9.55 saat iaitu satu catatan yang tidak pernah terfikir oleh kita selama ini...anda bagaimana?

beckham tersisih? karier berakhir?

Dalam kempen kelayakan piala dunia 2010 yang lalu, pasukan england dibawah pengurus yang baru iaitu fabio capello telah mencatat dua kemenangan iaitu mengalahkan Andorra 2-0 dan yang terbaru menewaskan pasukan yang menyingkirkan mereka ke pusingan akhir kejohanan eropah baru-baru ini iaitu croatia dengan jaringan 4-1..namun apa yang menarik dalam skuad england kali ini ialah ketiadaan beckham dalam skuad utama..tempat beliau telah digantikan dengan bintang muda ARSENAL iaitu theo walcott..pemain muda itu telah menunujukkan kemampuannya dengan menjaringkan hattrick ketika menentang croatia sekaligus membuktikan bahawa percaturan capello tepat..beckham hanya dimasukkan diminit-minit akhir permainan sebagai pemain gantian..adakah karier bekas bintang england ini akan berkubur dengan kehadiran pemain muda ataupun beliau hanya sebagai pelengkap pasukan? namun pada pandangan saya khidmat beliau masih diperlukan memandangkan pengalaman dan kemahiran yang dimilikinya masih berguna pada pasukan 'three lions' ini lagi...

Tuesday, August 19, 2008

Harapan berkubur

Pemain badminton negara, Lee Chong Wei gagal merealisasikan harapan jutaan rakyat Malaysia mungkin juga dirinya untuk memungut pingat emas pertama Malaysia dalam sejarah sukan olimpik bagi penyertaan Malaysia. Chong Wei tewas agak mudah kepada seteru utamanya iaitu pilihan pertama kejohanan iaitu Lin Dan dari China..pada perlawanan tersebut kelihatan Lin Dan bermain dengan begitu baik, mungkin berada pada 'formnya'. Segala pukulan yang dilakukan oleh Chong Wei nampak begitu mudah dimatikan..Walau apa pun tahniah diucapkan kepada Chong Wei Kerana dapat memberi sebutir pingat kepada negara setelah 2 olimpik sebelumnya kita kemarau dengan pingat..cuma Chong Wei dan jurulatihnya Saudara Misbun perlu melipatgandakan usaha mencari strategi baru untuk menewaskan LinDan yang nampak begitu ampuh ketika ini..syabas Chong Wei..

Tuesday, August 12, 2008

Panahan Tersasar

trio memanah negara di Sukan Olimpik Beijing tewas kepada itali diperingkat suku akhir..menurut laporan beberapa akhbar kegugupan ataupun tahap menangani tekanan yang lemah adalah antara beberapa faktor yang menyebabkan kegagalan trio memanah malaysia tidak dpt menyumbangkan pingatkepada kontijen negara...setelah pada permulaan trio malaysia telah menduduki tempat ketiga ketika penentuan ranking tapi misi untuk menggapai pingat untuk negara berkubur..manakala menurut jurulatih skuad memanah malaysia kekurangan menyertai pertandingan peringkat antarabangsa yang kompetitif menyebakan pemanah negara tidak dapat menangani tekanan ketika bersaing di peringkat tertinggi..beliau memberi contoh bahawa pasukan negara hanya menyertai 4 kejohanan peringkat antarabangsa berbanding korea selatan iaitu pasukan pilihan yang menyertai sebanyak 10 kejohanan sebelum ke Beijing..saya merasakan bahawa pihak seperti msn mahupun isn perlu menjalankan penyelidikan tentang masalah atlit malaysia ketika menyertai pertandingan peringkat tertinggi iaitu tidak dapat menangani tekanan..jika berterusan begini..kemana kecemerlangan sukan di Malaysia...pandangan anda?