Tuesday, August 12, 2008

Panahan Tersasar

trio memanah negara di Sukan Olimpik Beijing tewas kepada itali diperingkat suku akhir..menurut laporan beberapa akhbar kegugupan ataupun tahap menangani tekanan yang lemah adalah antara beberapa faktor yang menyebabkan kegagalan trio memanah malaysia tidak dpt menyumbangkan pingatkepada kontijen negara...setelah pada permulaan trio malaysia telah menduduki tempat ketiga ketika penentuan ranking tapi misi untuk menggapai pingat untuk negara berkubur..manakala menurut jurulatih skuad memanah malaysia kekurangan menyertai pertandingan peringkat antarabangsa yang kompetitif menyebakan pemanah negara tidak dapat menangani tekanan ketika bersaing di peringkat tertinggi..beliau memberi contoh bahawa pasukan negara hanya menyertai 4 kejohanan peringkat antarabangsa berbanding korea selatan iaitu pasukan pilihan yang menyertai sebanyak 10 kejohanan sebelum ke Beijing..saya merasakan bahawa pihak seperti msn mahupun isn perlu menjalankan penyelidikan tentang masalah atlit malaysia ketika menyertai pertandingan peringkat tertinggi iaitu tidak dapat menangani tekanan..jika berterusan begini..kemana kecemerlangan sukan di Malaysia...pandangan anda?

1 comment:

aiShaH said...

Mungkin balik nanti satu post mortem kena diadakan.. selepas itu mungkin kajian berkenaan atlit itu juga perlu dilakukan.