Tuesday, August 19, 2008

Harapan berkubur

Pemain badminton negara, Lee Chong Wei gagal merealisasikan harapan jutaan rakyat Malaysia mungkin juga dirinya untuk memungut pingat emas pertama Malaysia dalam sejarah sukan olimpik bagi penyertaan Malaysia. Chong Wei tewas agak mudah kepada seteru utamanya iaitu pilihan pertama kejohanan iaitu Lin Dan dari China..pada perlawanan tersebut kelihatan Lin Dan bermain dengan begitu baik, mungkin berada pada 'formnya'. Segala pukulan yang dilakukan oleh Chong Wei nampak begitu mudah dimatikan..Walau apa pun tahniah diucapkan kepada Chong Wei Kerana dapat memberi sebutir pingat kepada negara setelah 2 olimpik sebelumnya kita kemarau dengan pingat..cuma Chong Wei dan jurulatihnya Saudara Misbun perlu melipatgandakan usaha mencari strategi baru untuk menewaskan LinDan yang nampak begitu ampuh ketika ini..syabas Chong Wei..

3 comments:

EmBuN PaGi said...

Salam,
ok la dari xdapat apa-apa pingat.fortunately we have Chong Wei.Congratulation to Chong Wei.

zahari ismail said...

aku pun tengok game tu, geram juga pada lin Dan. memang form dia hari tu. Tahniah pada Lee Chong Wei kerana menggalas harapan jutaan peminat badminton negara agar membawa pulang sebutir pingat yang yang dinanti-nantikan.
Adios....

rizal said...

Aku, Dia dan Kamu..cemerlang.. apapun tahniah buat Chong Wei..
Dapat jugak bawa balik pingat..