Friday, September 26, 2008

beregu emas negara kecundang lagi

Entah apa yang tidak kena dengan pasangan beregu negara kita iaitu kookien keat/tan boon heong. Mereka telah tewas kepada pasangan tidak ternama dalam kejohanan badminton china masters..tahun ini saja mereka telah gagal memenangi walaupun satu kejohanan badminton yang diadakan..rexy mainaky selaku coach sudah mati akal dalam memastikan mereka terus unggul dipersada..menurut satu laporan akhbar arus perdana baru-baru ini, rexy menyatakan bahawa segala ilmu yg dimilikinya telah habis diperturunkan...namun entah apa yang berlaku pada mereka sekarang..rexy juga menyatakan bahawa pasangan itu sering mempertikaikan tindakan rexy supaya tidak menganggu gaya hidup mereka diluar..apakah ini yg dinamakan profesional? setahu saya pemain yang bergelar pro tidak akan mempersoalkan tindakan yang dilakukan oleh jurulatih mereka..ini membuktikan bahawa mereka masih bersikap amatur..pihak BAM seharusnya mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka kerana kita percaya mereka mempunyai bakat untuk terus berjaya...setelah banyak wang dilaburkan terhadap mereka, rakyat umumnya mahukan yang terbaik daripada mereka. Kalau tidak menjadi juara pun cukuplah sekadar mempamerkan aksi konsisten...adios..

Wednesday, September 17, 2008

Bahang liga juara-juara kembali

musim baru bagi musim 08/09 liga juara-juara eropah telah bermula malam tadi dengan beberapa pasukan pilihan liga utama eropah telah mencapai kemenangan. Pasukan dari liga inggeris iaitu chelsea, liverpool serta serie A iaitu inter milan dan jaguh la liga sepanyol iaitu barcelona telah melakar kemenangan pada perlawanan pertama peringkat kumpulan masing-masing. Yang mengejutkan ialah pasukan Roma dari Itali telah tewas pada pasukan kurang ternama dari Romania ditempat sendiri..manakala pada malam ini juga akan berlangsung perlawanan bagi kumpulan lain pula yang melibatakan juara bertahan iaitu MAN U, Real Madrid, Lyon dan lain-lain lagi..adakah MU akan menerima kejutan seperti Roma kerana prestasi pasukan ini ketika dalam liga domestik agak mengecewakan dimana baru-baru ini mereka telah tewas kepada liverpool..mungkin kerana ayam tambatan mereka Cristiano Ronaldo tidak beraksi.. mungkin juga pasukan yang digelar galacticos juga akan kecundang, sama-sama kita lihat..adios..

Friday, September 12, 2008

Usain bolt catat 9.55 saat? Rekod dunia baru?

Usain bolt 9.55 saat? ....pada sukan olimpik beijing baru-baru ini, pelari pecut jamaica Usain Bolt telah mencatatkan rekod baru dunia dalam acara 100m dan 200m..beliau telah mencatatkan masa 9.69 saat...tetapi mengikut kajian yang telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik sebuah institut di Norway dipercayai beliau mampu berlari dengan lebih pantas jika beliau tidak memperlahankan lariannya pada 15 meter terakhir...mereka telah menggunakan rakaman televisyen untuk mengukur posisi badan bolt berserta kelajuan dan pecutannya...masa yang mampu dicatatnya jika beliau terus berlari dengan konsisten ialah 9.55 saat iaitu satu catatan yang tidak pernah terfikir oleh kita selama ini...anda bagaimana?

beckham tersisih? karier berakhir?

Dalam kempen kelayakan piala dunia 2010 yang lalu, pasukan england dibawah pengurus yang baru iaitu fabio capello telah mencatat dua kemenangan iaitu mengalahkan Andorra 2-0 dan yang terbaru menewaskan pasukan yang menyingkirkan mereka ke pusingan akhir kejohanan eropah baru-baru ini iaitu croatia dengan jaringan 4-1..namun apa yang menarik dalam skuad england kali ini ialah ketiadaan beckham dalam skuad utama..tempat beliau telah digantikan dengan bintang muda ARSENAL iaitu theo walcott..pemain muda itu telah menunujukkan kemampuannya dengan menjaringkan hattrick ketika menentang croatia sekaligus membuktikan bahawa percaturan capello tepat..beckham hanya dimasukkan diminit-minit akhir permainan sebagai pemain gantian..adakah karier bekas bintang england ini akan berkubur dengan kehadiran pemain muda ataupun beliau hanya sebagai pelengkap pasukan? namun pada pandangan saya khidmat beliau masih diperlukan memandangkan pengalaman dan kemahiran yang dimilikinya masih berguna pada pasukan 'three lions' ini lagi...