Wednesday, September 17, 2008

Bahang liga juara-juara kembali

musim baru bagi musim 08/09 liga juara-juara eropah telah bermula malam tadi dengan beberapa pasukan pilihan liga utama eropah telah mencapai kemenangan. Pasukan dari liga inggeris iaitu chelsea, liverpool serta serie A iaitu inter milan dan jaguh la liga sepanyol iaitu barcelona telah melakar kemenangan pada perlawanan pertama peringkat kumpulan masing-masing. Yang mengejutkan ialah pasukan Roma dari Itali telah tewas pada pasukan kurang ternama dari Romania ditempat sendiri..manakala pada malam ini juga akan berlangsung perlawanan bagi kumpulan lain pula yang melibatakan juara bertahan iaitu MAN U, Real Madrid, Lyon dan lain-lain lagi..adakah MU akan menerima kejutan seperti Roma kerana prestasi pasukan ini ketika dalam liga domestik agak mengecewakan dimana baru-baru ini mereka telah tewas kepada liverpool..mungkin kerana ayam tambatan mereka Cristiano Ronaldo tidak beraksi.. mungkin juga pasukan yang digelar galacticos juga akan kecundang, sama-sama kita lihat..adios..

2 comments:

zahari ismail said...

ya gue pasti, cHelsea akan jadi juara kali ini. Kerana sudah beberapa kali kempunan. Dengan keupayaan jurulatih baru dari brazil gue yakin dia (pemain2) akan score dan lari..he..he.

EmBuN PaGi said...

Salam Ramadhan pada En Jai,

Chelsea..chelsea...chelsea...walaupun Embun pagi xminat dengan bola sepak tapi sekarang embun pagi dah cuba meminati chelsea...(wahaha)
Asal kita tidak terlupa pada kewujudan pasukan Malaysia sendiri sudah la.(walaupun mereka xbest)huhuuu
Embun Pagi