Friday, September 12, 2008

Usain bolt catat 9.55 saat? Rekod dunia baru?

Usain bolt 9.55 saat? ....pada sukan olimpik beijing baru-baru ini, pelari pecut jamaica Usain Bolt telah mencatatkan rekod baru dunia dalam acara 100m dan 200m..beliau telah mencatatkan masa 9.69 saat...tetapi mengikut kajian yang telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik sebuah institut di Norway dipercayai beliau mampu berlari dengan lebih pantas jika beliau tidak memperlahankan lariannya pada 15 meter terakhir...mereka telah menggunakan rakaman televisyen untuk mengukur posisi badan bolt berserta kelajuan dan pecutannya...masa yang mampu dicatatnya jika beliau terus berlari dengan konsisten ialah 9.55 saat iaitu satu catatan yang tidak pernah terfikir oleh kita selama ini...anda bagaimana?

No comments: