Friday, September 26, 2008

beregu emas negara kecundang lagi

Entah apa yang tidak kena dengan pasangan beregu negara kita iaitu kookien keat/tan boon heong. Mereka telah tewas kepada pasangan tidak ternama dalam kejohanan badminton china masters..tahun ini saja mereka telah gagal memenangi walaupun satu kejohanan badminton yang diadakan..rexy mainaky selaku coach sudah mati akal dalam memastikan mereka terus unggul dipersada..menurut satu laporan akhbar arus perdana baru-baru ini, rexy menyatakan bahawa segala ilmu yg dimilikinya telah habis diperturunkan...namun entah apa yang berlaku pada mereka sekarang..rexy juga menyatakan bahawa pasangan itu sering mempertikaikan tindakan rexy supaya tidak menganggu gaya hidup mereka diluar..apakah ini yg dinamakan profesional? setahu saya pemain yang bergelar pro tidak akan mempersoalkan tindakan yang dilakukan oleh jurulatih mereka..ini membuktikan bahawa mereka masih bersikap amatur..pihak BAM seharusnya mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka kerana kita percaya mereka mempunyai bakat untuk terus berjaya...setelah banyak wang dilaburkan terhadap mereka, rakyat umumnya mahukan yang terbaik daripada mereka. Kalau tidak menjadi juara pun cukuplah sekadar mempamerkan aksi konsisten...adios..

No comments: