Thursday, July 31, 2008

Aksi Chelsea pengalaman berguna: Helmi (Sinar Harian 31 Julai 2008)

Menurut Helmi Eliza Elias pejaga gol pasukan bolasepak Malaysia bahawa perlawanan Malaysia menentang Chelsea tempoh hari dalah salah satu pengalaman yang berguna kepadanya dalam meningkatkan lagi prestasinya dalam permainan bolasepak..bagi saya apa yang diperkatakannya adalah benar kerana dalam perlawanan itu beliau adalan antara pemain Malaysia yang beraksi cemerlang selain Hardi jaafar dan Amirulhadi..ketangkasannya dipintu gol telah menyelamatkan gawang pasukan Malaysia dari dibolosi lebih banyak gol lagi dari Chelsea..antara aksinya yang menarik ialah menyelamatkan tendangan volley bintang baru Chelsea iaitu Deco..jurulatih Malaysia B. Sathianathan turut mengakui bahawa Helmi telah beraksi cemerlang tanpa gugup ketika menentang Chelsea yang dibarisi bintang berkelas dunia..apa pandangan anda?

4 comments:

Amar said...

Saya setuju dengan komen Helmi Eliza, memang di beraksi baik pada malam tersebut begitu juga dengan rakan-rakan yang lain...
Sekurang-kurangnya perlawanan persahabatan seperti ini dapat mendedahkan bakat-bakat yang ada unutk bersaing dengan pemain dan mutu bolasepak peringkat atau kelas dunia...
Saya cuma binbang mereka ni cuma bersemangat bila dapat peluang bermain deng team terkenal sahaja..bila kembali ke kancah liga tempatan mutu permainan menurun...Adalah lebih baik perlawanan persahabatan ini dijadikan benchmarking kepada pemain atau pasukan kebangsaan, tapi kepada pengurusan bolasepak tempatan...belajar dari pengurusan team yang terkenal ini untuk memekirkan satu kaedah yang lebih mantap unutk menaikkan mutu bolasepak mengikut acuan atau bolasepak ala malaysia yang tulin dan boleh dibandingkan dengan ala samba di Brazil tu, atau ala Korea dengan kekentalan semangatnya.....

aiShaH said...

Perlawanan persahabatan segenigi mmg amat baik dijalankan keraan dapat memberi pendedahan kepada atlet kita.. namun disebaliknya berapa banyakkah wang yang telah dilaburkan untuk membawa mereka ke Malaysia?

zahari ismail said...

itulah kenyataannya, apabila ada yang cuba mengaut keuntungan dari penganjuran sebegini. Malaysia mendapat pengalaman berguna manakala penganjur menggunakan kesempatan ini untuk mengaut keuntungan yang mungkin berganda2 dari apa yang dilaburkan untuk membawa Chelsea ke Malaysia. Walaupun, perlawanan ini bukannya 100% dari Chelsea, Malaysia sebenarnya masih lagi ada harapan untuk bermain dengan lebih baik lagi pada masa akan datang..Adios!

zepp said...

Lihat.....pemain tempatan kita juga apa kurangnya?..........maknanya,..Malaysia mempunyai pemain yang berkualiti bebb...hidup pemain tempatan....